Sunday, November 28, 2010

Indahnya Solat Awal Waktu

Salam  sayang semua..
secebis ilmu untuk dikongsi bersama......
  ~Ditulis oleh Ustaz Zahazan~


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan denganpenawar/ rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan
masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada
waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la..) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail .

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Wallahua’alam...

Sunday, November 14, 2010

Didunia dan "disana"..

salam sayang..
Awal pulak aku bangun pagi ni. Sebelum azan subuh berkumandang. Selesai saje tujuan ku, aku mula cuba untuk menyetadikan diri aku. Tapi entahlah Allah saja yang mengerti perasaan ku ini. Aku cuba mencari sesuatu yang boleh membuat aku tenang. Ku buka satu folder kesukaan ku. "warkah". Folder yang aku khaskan tentang pelbagai kisah2 menarik yang aku ambil dari pelbagai jenis website. Arggghhh..ku baca satu perenggan, dua perenggan, sungguh..langsung aku tidak menemui kelegaan hatiku. Facebook? aku sendiri sudah tidak tahu nak buat apa dengan facebook tu. Di waktu orang sedang enak dibuai mimpi. Aku terbangun dari mimpi. Menyelesaikan sesuatu yang sudah lama aku tinggalkan. Ohh..inikah aku..??
Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Ya..akhirnya aku temui sesuatu yang membuatkan aku bahagia. Aku buka photo album keluargaku. Ku terpandang gambar ahli keluargaku. Mataku tertumpu pada ayah, emak, kakak2ku, dan akhir sekali adik ku.
Kakak ku..? Ya..aku mempunyai empat orang kakak. Dua menemani aku di dunia. Dua lagi sedia menantiku "disana". Apa ya kakak2 ku sedang lakukan "disana"? Mereka yang dijemputNya sewaktu masih bayi. Pastinya dalam keadaan suci dan bersih tanpa sebarang noda dan dosa. Tapi aku? Aku telah berjanji dengan Rabb ku, bahawa aku sanggup menggalas tanggungjawab sebagai khalifah di bumiNya ini sewaktu aku dalam kandungan ibuku. Sesekali aku merindui kakak2ku "disana". Biarpun aku sendiri tidak pernah menatap wajah mereka..
Adikku..? Aku mempunyai dua orang adik. Satu sedang menemani aku di dunia. Dan satu lagi sedia menantiku "disana" juga. Yang "disana" juga pergi menemuiNya sewaktu dalam keaadan bayi. Tanpa sebarang noda dan dosa. Adikku yang menemani ku didunia hanyalah seorang. Dialah satu2nya adikku di dunia ini.
Kini..aku dan mereka semakin dewasa. Semakin rancak mengejar cita-cita. Tapi tahukah..bahawa aku sangat merindui mereka. Kakak2ku dan adik ku. Merindui waktu kami di alam persekolahan. Sewaktu kami empat beradik menghiasi rumah itu dengan gelak ketawa. Dengan tangisan seorang kanak-kanak.
Argghhh..itulah masa..yang pantas berlalu, tanpa mengira manusia ini sempat atau tidak menikmati kehidupannya. Biarpun aku dan mereka jauh terpisah dalam sebuah keadaan dan suasana, tapi kami mempunyai matlamat yang sama, iaitu mengejar cita-cita untuk ayah dan emak.  Buatmu adikku..dunia mu masih di rumah, masih ditemani emak dan ayah. Sampai nanti suatu saat, kau juga akan pergi mengejar cita-cita. Waktu itu, giliran aku dan kakak-kakakmu pula menemani emak dan ayah.
Salam sayang, rindu dan cinta yang melebihi cinta majnun kepada laila nya, uda kepada dara nya, melebihi hebatnya cinta taj mahal.. buat emak dan ayah, kakak-kakak dan adik ku...:-)


Thursday, November 11, 2010

Adik Nak Ikut Walid dan Abang..

Assalamualaikum w.b.t.

Bacalah dan Hayati Setiap Baris Kata Cerita Dibawah.....

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat takbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.
Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.
Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda ulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.
Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi.Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh. "Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.
Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid" muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.
Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian abang dan akhirnya Jamal.
Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. dik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....

"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.
"Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid, adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.
Wasslam.




p/s ~ diambil dari seseorang..buat renungan kalian.. 



Wednesday, November 10, 2010

cepatlah berlalu pergi!

Salam Sayang..
Selak kertas.. Selak nota.. Selak buku. Tak larat nak selak dah eyh.. exam owh exam cepat la abis. Jasad je kat maktab..jiwa, hati sume kat umah dah. hukhukhuk.
Petang ni de paper lagi..PJ 3311 P..tau ke paper pe..? ngeh3..buat2 tau dh la ye..
kalau yg tau tu paper pe bagus la..kalau yg tak tau tu, anggap korang tak pernah baca pe yang aku tulis. hikhik.
Eh..pe tujuan aku tulis ni. saje nak isi masa bosan bila tengok nota.
Pape pun wish me luck utk paper petang ni..






 "all the best untuk diri sendiri"
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim..

Monday, November 8, 2010

Segenggam tabah




salam sayang..
salam ukhwah..
haa..dh dgr lagu kat atas ni..
nangis tak? nangis tak?
1st tym aku dgr lagu ni dulu, automatik aku nangis..
saje nk kongsi..
bukan nangis dengar melodinya..
nangis bila hayati lirik lagu ni..
kalau korang belum dengar, dengar2 la..
jgn asyik layan lagu jiwang je..
tak touching der..
sekali-skala dengar la lagu2 gini..ehemmm..

tiba2 teringat kat emak n ayah aku..
rinduuu sihhh...

Sayang Emak Ayah Sangat Sangat Sangat...

Sunday, November 7, 2010

Bukan Mudah menjadi Puteri Ayah,, Bukan Senang Menjadi Anak Emak

Salam Sayang..
Salam Ukhwah..

Hari ini usiaku 19 tahun 12 hari. 
Aku semakin dewasa. 
Semoga kematangan fikiranku jua bertambah seiring dengan usiaku.
Bukan Mudah Menjadi Puteri Ayah.
Bukan Senang Menjadi Anak Emak..

Emak..
Seorang wanita yang hebat di mata ku..
Seorang yang mengandungkan aku selama sembilan bulan sepuluh hari..
Yang membawa ku ke sana ke mari..
Yang melahirkan aku sakit tidak terperi..
Siapa yang menemani ku di hari pertama alam persekolahan ku..?
Itulah Emak..yang tak pernah kenal erti jemu..
Siapa yang menyiapkan bekalan aku untuk ke sekolah..?
Itu Emak yang tak pernah mengenal erti lelah..
Siapa yang mengajar memakai tudung, menutup segala perhiasan ku..?
Itu Emak yang tabah dan sabar dengan karenah ku..
Bukan Senang Menjadi Anak Emak..

Ayah..
Seorang insan yang banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan.
Memberi aku sejuta pengalaman.
Dari aku tidak mengenal huruf, sehingga aku boleh menulis sebuah karangan..
Dari aku tidak tahu menaiki basikal, sehingga aku mampu memandu kereta..
Dari aku seorang anak kecil yang hanya tahu bermain, sehingga aku belajar di sini untuk bergelar seorang guru..
Bukan Mudah Menjadi Puteri Ayah..
Masih terkenang, ayah mengajar ku solat..
Ayah jualah yang mengajar ku mengaji Al-Quran..
Semuanya Ayah..
Bukan Mudah Menjadi Puteri Ayah..

Kini..
Aku semakin dewasa..
Dari aku menduduki SPM sehinggalah aku berada di sini..
Semuanya aku lalui bersama insan bergelar Emak dan Ayah..
Siapa aku tanpa mereka..
Bagaimana redha Rabb ku tanpa redha mereka..?
Apa yang ku miliki kini..
Hasil dorongan mereka..
Emak dan Ayah ku..
Mereka yang tiada duanya..
Yang tiada gantinya..
Bukan Mudah Menjadi Puteri Ayah..
Bukan Senang Menjadi Anak Emak..

"Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan Kedua Ibu Bapa"

Saturday, November 6, 2010

Ikon wanita terunggul


Antara 9 Siti yang patut dicontohi:
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.
Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin.
Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik.
Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.
Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.
Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri
dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t
utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya
dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah.
Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8.) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya
kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk
dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,
berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk
kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”

Tuesday, August 31, 2010

Penghargaan Agama Terhadap Kaum Wanita - kisah Al-Qomah

Sunggung besar sekali fungsi wanita sebagai ibu yang diberikan oleh Nabi. Oleh kerana itu anak mempunyai kewajipan supaya menghormati ibunya, sebab ibulah yang paling dekat dengan anaknya dalam kehidupan seharian.
Kehidupan seorang manusia, sebahagian besarnya adalah bergantung kerana kasih mesranya seorang ibu, sebab ibulah yang mengandung, ibulah yang melahirkan dan ibu pulalah yang menyusukan. Justeru dalam sebuah hadis dijelaskan oleh Rasulullah :

"ketika datang seseorang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya : "siapakah orang yang paling berhak saya pergauli dengan baik? jawab baginda : ibumu. kemudian siapa? jawabnya lagi : ibumu! Kemudian siapa? jawabnya : Ibumu ! dan lalu siapa? Jawab baginda " Ayahmu"

(HR Bukhari Muslim)

"Ibnu Mas'ud bertanya kepada baginda Nabi, Ya Rasulullah! Apakah amal yang lebih mulia? Jawab Nabi: Mengerjakan solat pada waktunya, berbuat baik kepada ibu bapa, jihad di jalan Allah"
(HR Bukhari Muslim)

Selain dari keterangan hadis diatas, ayat Al-Quran juga menganjurkan supaya berbuat baik kepada ibu bapa, antara firman Allah tersebut ialah :

"Kami wasiatkan kepada manusia, supaya ia berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya yang mengandung dia dengan berbadan lemah yang berlipat ganda, melahirkannya dan menyusukannya, dan menceraikan dari susu sesudah dua tahun lamanya. sebab itu hendaklah berterima kasih kepadaKu dan kepada ibu bapamu"
(Luqman : 14)

Kerana begitu beratnya badan yang ditanggung oleh seorang ibu pada waktu mengandung, melahirkan dan juga membesarkan anaknya, maka bagi mereka yang derhaka kepada ibu adalah termasuk dosa besar.

Sebuah kisah pada zaman Rasulullah :

Pada waktu itu, para sahabat dilanda dukacita, kerana seorang yang bernama Al-Qomah berada dalam keadaan sakit. Ia adalah sahabat Nabi yang sangat setia. Seluruh Tubuhnya penuh dengan bekas-bekas luka kerana melindungi Rasulullah pada waktu Perang Uhud.

Yang membuatkan para sahabat bersedih bukan sakitnya Al-Qomah, tetapi detik-detik sakatul mautnya sungguh memilukan. Mulutnya tertutup rapat. Tidak mampu mengucapkan sesuatu kecuali mengerang kesakitan.

Mereka telah mengajarnya untuk mengucapkan kalimah tauhid. Namun lidahnya sangat kaku untuk mengucapkan kalimah suci itu. Para sahabat berasa cemas kalau-kalau Al-Qomah mengakhiri hidupnya tanpa sempat mengucapkan kalimah tauhid itu. Bukankah merupakan mala petaka besar bagi seorang muslim jika di akhir hayatnya tidak mengagungkan keEsaan Allah?

Salah seorang sahabat lalu mendatangi Rasulullah dan menceritakan musibah itu. Nabi segera berangkat untuk melihat sendiri derita yang menimpa sahabat setianya.

Dengan sabar beliau membisikkan kalimah tauhid ke telinga Al-Qomah serta berpesan, "Al-Qomah..bertaubatlah kepada Allah, dan sebutlah nama Tuhanmu"
Tetapi Al-Qomah tetap membisu. Hanya nafasnya yang menunjukkan bahawa dia masih dapat memahami ucapan Nabi.
Sampai tiga kali Nabi mengulangkan bisikannya. Tetapi sahaja Al-Qomah tidak mampu mengikutnya.

Kesudahannya Nabi tidak lagi meneruskan ucapannya. Beliau melihat para sahabat dan bertanya, "Apakah kamu semua tahu, masihkan Al-Qomah mempunyai orang tua? Aku curiga mungking Al-Qomah pernah berbuat derhaka, dan orang tuanya tidak redha kepadanya."

Salah seorang berkata, "setahu saya ayahnya sudah meninggal dunia, tetapi ibunya masih ada."

"dimana rumahnya", Nabi bertanya.

Sahabat yang lain menceritakan, "Ibu Al-Qomah tinggal dalam sebuah pondon buruk di kampung seberang"

Lalu Nabi memerintahkan Ali dan Bilal untuk mencari ibu Al-Qamah serta mengemukakan nasib yang menimpa anaknya. Agar dengan demikian, ibu Al-Qamah bersedia memaafkan segala kesalahan anaknya.

Setelah menemui rumah ibu Al-Qomah, Ali dan Bilal terkejut. Ternyata ibu Al-Qomah sudah uzur.

"Benarkah nenek ibu Al-Qomah"

Nenek itu menggelengkan kepalanya, sambil menjawab "bukan, saya bukan ibu Al-Qomah"

"tetapi orang di sini menyatakan bahawa rumah ini adalah rumah ibu Al-Qomah" tegas Ali.

"Tuan mahu percaya kepada siapa? kepada orang yang tinggal tidak jauh dari rumahku ini, atau kepadaku yang tinggal di rumah ini"

Sebelum Ali dan Bilal sempat bertanya lagi, nenek itu menyatakan, "dulu memang Al-Qomah anakku. Dulu waktu berada dalam kandunganku. dulu waktu aku melahirkannya dengan susah payah. dulu waktu ia kelaparan, kedinginan, dan aku yang menyuapinya serta memberinya air susu dari darah dagingku. sekarang Al-Qomah bukan anakku lagi"

Ali dan Bilal terkejut.

Nenek itu melihat jauh, wajahnya berubah mendung. Lalu dengan suara yang terputus-putus dan air mata yang mengalir di pipi ia mulai bercerita : "sesudah Al-Qomah dewasa dan punyai isteri dia bukan anakku lagi. Al-Qomah terlalu sibuk dengan urusannya, terlalu condong hatinya kepada isterinya, sampai tidak ada waktu untuk datang melihatku. Apa lagi nafkah atau pemberiannya, tidak pernah dikirimkan kepadaku."

Ali dan Bilal menundukkan kepala. Nenek itu terus bercerita, "suatu ketika dahulu, Al-Qomah lalu di depan rumahku. Hanya sekali itu sahaja sejak ia punya isteri. Ia singgah di rumah ini sambil membawa dua bungkusan. Bungkusan itu yang satu diserahkan kepadaku. Alangkah gembiranya hatiku. Lenyap semua kesakitanku. bungkusan itu segera ku buka di depan matanya. untuk menunjukkan kepadanya bahawa aku sangat senang dengan pemberiannya. Ternyata bungkusan itu berisi sehelai kain sutera yang sangat indah. ku peluk kain itu ku cium. Namun apa yang terjadi? ia mengambil kain itu dari tanganku serta berkata, "maaf mak, saya salah menyerahkan hadiah untuk mak. Kain sutera ini sebenarnya untuk isteri saya. Yang untuk mak adalah bungkusan yang satu lagi."

Ali dan Bilal terus mendengarkan, nenek itu terus bercerita. "Aku sebenarnya sangat kecewa, tetapi kekecewaan itu aku tahan, dengan harapan kalau-kalau bungkusan yang satu lagi itu isinya tidak kurang nilainya dari bungkusan yang pertama. dengan perasaan yang masih tetap gembira, aku menimang-nimang bungkusan yang satu lagi itu, sampai Al-Qomah meninggalkan rumah ku ini."

"sesudah itu ku buka bungkusan tersebut. Alangkah kecewa hatiku, sebab bungkusan yang kedua itu hanya berisi sehelai kain buruk yang kemungkinan dibelinya di tepi jalan. Masih berhakkah Al-Qomah menganggap dirinya anakku?"

Kini betul-betul Ali dan Bilal ditimpa kebimbangan. mereka tidak tahu apa yang harus mereka lakukan. sudah jelas, nenek itu kecewa yang tidak dapat di tahan lagi. masih mungkinkan ia mengampuni anaknya?

Maka dengan ragu-ragu Ali berkata, "Al-Qomah sedang dalam keadaan hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ia tidak dapat mengucapkan kalimah tauhid. Rasulullah memohon agar nenek mahu memaafkan Al-Qomah."

"Tidak ! Al-Qamah bukan anakku. Rasulullah boleh memerintahkan apa sahaja kepadaku, asal jangan menyuruhku mengampuni Al-Qomah. Dia terlalu derhaka kepadaku. Dia bukan anakku!"

Ali dan Bilal terpaksa pulang dengan sia-sia. Mereka berjumpa Nabi dan menceritakan semuanya. Nabi termenung. Al-Qomah masih tetap dalam keadaan tersiksa.

Kemudian Nabi berkata, "Baik lah Ali dan Bilal. Kembalilah kepada nenek itu, dan minta ia datang kemari. Jangan katakan apa tujuannya. Beritahu sahaja bahawa aku, Rasulullah menyuruh ia datang."

Maka Ali dan Bilal pun membawa seekor unta untuk menjemput ibu Al-Qomah sebagai kenderaannya.

Pada waktu itu juga Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk mencari kayu api supaya dikumpulkan di halaman rumah Al-Qomah. dan Al-Qamah diangkat bersama tempau tidurnya ke dekat kayu api yang telah terkumpul itu.

Setelah Ali dan Bilal kembali membawa ibu Al-Qomah, Rasulullah langsung menyambutnya dengan penuh hormat.

"selamat datang wahai nenek yang mulia"

"Terima kasih wahai junjungan" Ibu Al-Qomah menjawab dengan gembira.

Namun tiba-tiba ibu Al-Qomah yang sudah uzur itu berubah air mukanya. Ia kelihatan pucat, lalu bertanya, "siapakah yang terbaring dekat kayu api yang banyak itu?"

Rasulullah menjawab,"seorang anak manusia yang terbaring itu adalah anak nenek, Al-Qomah. Ia derhaka kepada ibunya, jadi ia tersiksa pada waktu akan menghembuskan nafasnya yang terakhir. kerana itu, daripada ia terus menderita, lebih baik akan ku bakar dalam kayu api yang telah dikumpulkan itu yang sekejap lagi akan dinyalakan."

Mendengar yang demikian seluruh tubuh nenek itu menggigil, lalu bertanya, "betulkah ia akan dibakar?" Rasulullah menganggukkan kepalanya, sambil menyatakan, "pasti, kecuali jika nenek mengampuni dosa-dosanya"

"Tidak ! Bakarlah dia. Aku tidak peduli. Dia bukan anakku." nenek itu memekik.

Nabi lalu mengisyaratkan kepada para sahabat untuk membakar kayu api yang sudah dikumpulkan itu. Setelah api menyala, Nabi menyuruh agar Al-Qomah diangkat dari tempat ia baring dan melemparkannya ke dalam api.

Nenek itu terperanjat. Ia memekik pada waktu Al-Qomah sudah diangkat mahu menuju api yang sedang sangat besar menyala. "betulkah akan kau bakar hidup-hidup di depanku selaku seorang wanita"

Nabi kembali menganggukkan kepalanya sambil menjawab, "pasti, bila nenek tidak mahu memaafkannya"

"Tidak ! Tidak ! lebih baik ia dibakar daripada aku harus memaafkannya. Bakarlah ia, Al-Qomah bukan anakku."

Maka dengan serentak Al-Qomah diangkat tinggi dan diayunkan hendak dilemparkan ke dalam api yang sedang menyala.

Nenek itu kembali memekik dan menangis. "Ya Rasulullah, jangan bakar dia. Bagaimanapun Al-Qomah adalah darah dagingku sendiri dan aku ampuni segala kesalahannya"

Begitu sahaja nenek itu mengucapkan kata-kata tersebut, ketika itu juga Al-Qomah dapat menyebut kalimah tauhid dan meninggal dunia dengan tenang.

Cerita di atas ini menjelaskan kepada kita, betapa bahayanya jika seseorang itu derhaka kepada orang tuanya, dan betapa mulianya kasih seorang ibu. Oleh kerana itu, tepatlah jika Islam memberikan penghargaan yang setinggi-tingginya untuk kaum wanita.

p/s : *buatmu yang bergelar anak (lelaki) - utamakahlah ibumu dalam segala hal. sedalam manapun cintamu terhadap isterimu, ingatlah ibumu adalah yang paling utama.
*buatmu insan bergelar isteri - selalulah ingatkan suamimu bahawa, dia harus mengutamakan ibunya berbanding dirimu. Mahukah kamu jika suami yang kamu cintai itu menimpa nasib yang sama sprt Al-Qomah?

Saturday, August 21, 2010

1 Perkara dikongsi Bersama..

Terdapat satu amalan yang teramat mudah namun dijanjikan dengan dapat memasuki syurga dari mana-mana pintu yang disukai.

Apakah amalan tersebut? Amalannya ialah membaca doa selepas berwuduk. Memang mudah bukan?. Apakah dalilnya?.
Dari ibn Umar r.a bahawa sabda rasulullah saw :

" ما منكم من أحد يتوضأ فيبلغ ( أو فيسبغ ) الوضوء ثم يقول : أشهد أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبد الله ورسوله ، إلا فتحت له أبواب الجنة الثمانية ، يدخل من أيها شاء " . وفي رواية : فذكر مثله غير أنه قال " من توضأ فقال : أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله "

Tidak ada seorang pun di antara kamu yang berwudu’, lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian berkata أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ melainkan dibuka untuknya kelapan-lapan pintu syurga, ia boleh memasuki melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki. Dalam riwayat yang lain: sekiranya dibaca : أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
( Imam Muslim)

Berdasarkan hadis ini untuk memperoleh kelebihan ini kita hendaklah :

1- berwuduk dengan sempurna. Sempurna bermaksud berwuduk mengikut tunjuk ajar Rasulullah saw kerana cara Nabi adalah yang terbaik.

2- Membaca doa selepas selesai : أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله
Namun demikian diingatkan bahawa ungkapan doa ini walaupun mudah dan ringkas dibibir, ia mengandungi isi kandungan yang berat iaitu tauhid dan ittiba’ ( mencontohi Nabi saw).

Bacaan doa ini hendaklah seiring dengan akidah yang benar-benar mentauhidkan Allah serta benar-benar mengikuti petunjuk Rasulullah saw.

p/s : Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk mengamalkan doa ini dan mendapat kelebihan memasuki syurga di akhirat nanti.

selamat beramal & semoga bermanfaat..

Thursday, August 19, 2010

Hadiah Ramadhan 2

salam sayang..
seperti yang dijanjikan..
ingin menceritakan nama 'hadiah Ramadhan' hehe..
baby baru la..(sambungan daripada Hadiah Ramadhan)
singkat dan padat..nama baby gurl kak zue dan abg eni ialah...
NURUL INSYIROH AL-HUMAIRA'
semoga balik ni alang dpt jmpa baby ye..
sbnarnya x taw lagi pggil pe..sbb lupa nk tanya..
hehehe..
ok..mohon undur diri..banyak urusan lain yang menanti..:-)

~Salam~

Kesempatan ini..

Salam sayang..
Alhamdulillah..hari ni sudah hampir 9 hari umat Islam di seluruh dunia menjalankan ibadah puasa. Ini Bermakna hari ini merupakan 9 Ramadhan..hehe..Terasa kejap je bulan Ramadhan kali ni. Cepat masa berlalu. Bangun sahur..siap pegi kuliah..itu-ini..itu-ini..dh berbuka..Ni la salah satu petanda bahawa kita ni hampir dengan hari kiamat. Masa berlalu begitu pantas.
Sama2 la kita kejar amalan pada bulan Ramadhan ni.

Kesempatan ni saya ingin mengongsi satu kisah kehangatan. Tapi bukan kehangatan Ramadhan. Tapi kehangatan raya. cuti hujung minggu yang lepas, saya dengan beberapa orang sahabat ni ke Kota Bahru, Kelantan. kami pun pegi la ke tempat tumpuan orang ramai, KB Mall. saya sungguh teruja dengan keadaan dan suasana kat sana. masuk je KB Mall terus lagu raya kedengaran. hehe..mmg meriah..org ramai sibuk membeli baju raya. saya hanya tengok2 je..maklum la baju raya mak dh sediakan..beli kain dan tempah..pada saya lagi selesa pakai..nak taw kenapa..? hehe..dak kecik mmg susah nak cari baju yang dh siap..haha..sambung balik..hehe..kalau tak salah saya hari tu dh masuk 3 hari berpuasa bersamaan dengan 3 Ramadhan..mmg nmpk la keseronokan masyarakat kita ni nk sambut raya..hehe..tumpang seronok.

Selang beberapa hari lepas tu, saya dan rakan-rakan pegi la ke bandar jerteh..(bandar la jgk)..hehe..masuk sana sini lagu raya..jualan baju raya..ai..semuanya raya la..
hari tu bersamaan dengan 5 Ramadhan.. tu baru 5 ramadhan. kalau lagi 5 hari nk raya mst lagi3 meriah..hehe..

sebenarnya..bukan saya tak biasa dengan suasana mcm ni..cuma saje nk kongsi cerita hidup kat tempat org..ingat kan kat tempat sendiri je cm ni..rupanya kat tampat orang pun cm ni gak..hehehe..mmg hangat kehangatan hari raya..hihi..

maaf ye..tak dapat nak tulis pnjg2..banyak asgment yang perlu dibereskan..

~Salam Ramadhan~

Tuesday, August 10, 2010

Meriahnya Surau Al-Firdaus

Salam sayang buat semua..
Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan langkah saya untuk menunaikan solat terawih yang pertama untuk tahun ini. Subhanallah, sungguh ramai warga KSM yang hadir mengimarahkan rumah Allah bagi menunaikan solat terawih. terasa sayu hati saya sewaktu mendgr bacaan imam solat. Indah..indah..mmg indah. semoga sepanjang bulan Ramadhan sehinggalah ke bulan2 lain, rumah Allah sentiasa meriah seperti hari ini.
Alhamdulillah..bersyukur jua pada Allah kerana panjangkan usia saya. Semoga saya sempat untuk menjalankan ibadah puasa keesokan harinya. bimbang..bimbang tidak berkesempatan di saat2 akhir. Ya Allah, berilah aku peluang untuk bersama Ramadhan lagi. Tiba2 terdetik di hati, Ramadhan kali ni pasti saya di uji. di uji dengan asingment2 yang perlu dihantar sebelum cuti hari raya. semoga perkara2 seperti ini tidak menjadi penghalang buat saya untuk menunaikan solat terawih. semoga setiap langkah saya dipelihara olehNya..Ameen..




"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali ini Penuh Makna..Agar Dapat Ku Lalui Dengan Sempurna"

Monday, August 9, 2010

countdown Ramadhan !!

salam ukhwah..
beberapa jam lagi Ramadhan akan menjelma. Tak sabar rasanya hati ini untuk bersama Ramadhan. "Ya Allah, Kau panjangkan lah usia ku, usia ahli keluargaku, usia sahabat2ku serta usia seluruh umat Islam untuk menyambut Ramadhan. Kau jadikanlah Ramadhan pada kali ini, adalah Ramadhan yang lebih baik drpd Ramadhan yang sebelumnya buat kami. Kau permudahkanlah langkah kami untuk melakukan lebih banyak ibadah buat Mu. Kau peliharalah setiap langkah kami. Ya Allah..semoga Ramadhan kali ini menjadi titik tolak buat kami untuk melakukan pengislahan diri kepada yang lebih baik..Amin"
malam nanti akan bermula lah solat terawih. Tanam niat awal2, nk pegi terawih la.. Mesti surau Al-Firdaus dipenuhi dgn para pelajar IPG KSM..semoga Allah mudahkan langkah saya utk ke surau..waa..nmpknya sungguh meriah..
Eh..belum mula lagi la..malam nnt baru taw meriah ke tak..over plak..ehehe..tapi harap2 meriah la Solat Terawih mlm ni ye..






"Ramadhan Ibarat Pemberian Tanah Yang Lebih Daripada Allah S.W.T Untuk Kita Menanam Sebanyak Mungkin Amal Ibadat Sebagai Bekalan Di Akhirat"

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan Yang Di Nanti Datang Lagi !!

Hadiah Ramadhan

Salam sayang buat semua..
Alhamdulillah..hadiah Ramadhan kali ni ckup besar, iaitu kelahiran baby perempuan. kak zue selamat melahirkan baby girl pada jam 4.30 pagi td. saya tumpang gembira buat kakzue dan abg eni. eh..sebelum tu nak bgtau, bukan anak sulung ye, tapi anak ke4..hehe..bahagia sungguh mereka..;-). nama baby ni saya masih belum kesan. Insyaallah akan diberi tahu dalam kisah seterusnya. Mungkin lebih banyak kisah mengenai baby baru untuk dikongsi bersama...

Sunday, July 25, 2010

ku temui 1 jawapan

Alhamdulillah..setelah seharian saya terasa resah, petang ini barulah saya ketemu 1 jawapan yang saya rasakan cukup untuk saya berasa lega..berlapang dada..ya..berlapang dada..sejak kebalakangan ni banyak sgt saya terasa dengan insan sekeliling saya. Mengapa Ya Allah..? Apakah dosaku..? Mohon Kekuatan..
Terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian yang telah mengetuk hati kecil saya tentang berlapang dada..indah rupanya nikmat berlapang dada ini. Biarpun sesekali hati kecil saya kesal dengan apa yang berlaku. Biarpun sesekali hati kecil saya terhiris bagai sembilu, namun segera saya sedarkan diri saya..ini ketentuan Mu Ya Allah.

Bersyukur Engkau kurniakan aku sahabat yang memahami..sahabat yang bersama saya sewaktu susah dan senang. sahabat yang tidak jemu2 menarik saya ke jalanMu..
Biarpun hati ini sering terluka dengan insan2 lain, tapi saya berasa tenang bila bersama mereka. Itulah nilai sebuah ukhwah. Moga saya dikurniakan kekuatan untuk menghadapi hari mendatang..

Thursday, July 22, 2010

mohon kekuatan....

Ujian datang lagi....!!
SABAR....Allah SAYANG padamu...
Mohon kekuatan padaMu Ya Allah..
Kurniankan aku teman2 yg bersama2 dgnku
untuk meneruskan kehidupan di atas jalanMu..
Semoga ujian ini mendekatkan aku lagi dgnMu..

Friday, July 16, 2010

Pakaian Taqwa adalah lebih baik dari menutup aurat?

"Pakaian taqwa adalah lebih baik dari menutup aurat?Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat."


Baru-baru ini, mungkin baru terjumpa satu artikel ini (saya ambik sebahagian sahaja), mengatakan seorang muslimah itu lebih baik berpakaian taqwa dari menutup aurat.Mungkin kerana kekurangan ilmu dan naif dan daifnya saya, bagaimana yang dikatakan "berpakaian taqwa" ini? Bukan kah taqwa itu lebih hampir maknanya takut? Seperti yang selalu diungkapkan oleh khatib ketika diawal membaca khutbah, 'takutlah kepada Allah'. Dari mana datangnya takut kepada Allah jika arahan menutup aurat itu tidak dipatuhi? Tujuannya supaya fahaman kita jelas berkaitan aurat, dan memantapkan lagi ilmu untuk kita berdakwah diluar sana,untuk mengajak saudara mara, sahabat handai dalam hal menutup aurat ini.



p/s saya berasa kasihan dan simpati kepada orang yang mengeluarkan kata-kata ini, moga Allah mengurniakan hidayah padanya.

Monday, July 5, 2010

Perigi Mencari Timba...Wajarkah..?

Giliran Wanita Yang Buka Mulut, "Tidak Salah Perigi Mencari Timba" – Dato’ Dr. Fadzilah,

Ramai yang sudah berkeinginan untuk berkahwin tapi tidak juga kahwin-kahwin. Nampak seolah-olah susahnya menuju ke gerbang perkahwinan, seperti susahnya hendak mendapat rezeki walaupun rezeki kelihatan sudah ada di depan mata.

Begitulah halnya dengan seorang wanita dalam soal mendapatkan jodoh. Kadang-kadang calonnya sudah ada tapi belum juga dapat berkahwin disebabkan halangan tertentu. Berkahwin menjadi susah mungkin kerana calon yang difikirkan sesuai sudah ada tetapi si lelaki tidak memulakan inisiatif untuk menyatakan hasrat, apalagi untuk masuk meminang. Pinangan yang ditunggu tak sampai-sampai.

Perempuan juga mungkin susah mendapatkan jodoh kerana telah melewati usia tertentu. Misalnya, seorang kakak sulung mungkin menangguhkan hasrat untuk berkahwin kerana memberi perhatian lebih kepada persekolahan adik-adik hinggalah adik-adik dulu yang berkahwin. Si kakak bila sampai masa untuk berkahwin, gagal pula bertemu jodohnya kerana lelaki yang dikira agak sebaya telah pun berkahwin lebih awal.

Atau yang belum berkahwin akan mencari perempuan yang lebih muda. Ada juga yang melewatkan kahwin kerana menunggu habis belajar sampai ke peringkat yang dicita-cita. Tetapi bila sudah sampai ke tahap itu, timbul pula masalah mendapatkan jodoh yang setaraf. Dalam keadaan-keadaan seperti ini, wanita berada di persimpangan.

Antara mencari jalan untuk dapat berkahwin atau terus hidup membujang. Jika mahu berkahwin juga, mereka tidak boleh lagi semata-mata menunggu, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba. Sebaliknya, mungkin sudah sampai masanya wanita sendiri yang harus memulakan inisiatif mencari dan memilih jodoh.

Paling tidak, mereka sendiri yang mula membuka mulut sekiranya memang sudah cukup bersedia untuk berkahwin. Di sini, perigilah yang berusaha mencari timba!Amalan ‘perigi mencari timba’ ini bukan amalan lumrah tapi tidak pula salah. Syariat Islam membenarkannya.

Di zaman Nabi s.a.w. sendiri ada berlaku. Seorang wanita pernah menemui seorang Sahabat menawarkan dirinya untuk dipinang sebagai isteri. Sahabat tadi menerimanya dengan senang hati kerana memang dia sendiri pun ada hati pada wanita tersebut, cuma malu untuk buka mulut.

Malah pernah seorang wanita menawarkan diri untuk diperisterikan oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun baginda tidak menerima tawaran itu tapi tidak pula mengatakan cara wanita itu salah. Rasulullah s.a.w. sendiri sebelum menjadi rasul telah berkahwin dengan Siti Khadijah r.ha ekoran lamaran yang dibuat oleh Siti Khadijah melalui seorang perantara. Ia disusuli oleh kunjungan adat wakil keluarga baginda yang menemui keluarga Siti Khadijah untuk merasmikan ikatan pertunangan dan seterusnya perkahwinan.

Paling utama dalam memilih jodoh adalah mendapatkan pasangan yang baik, sesuai dan serasi. Apabila calon telah ditemui dengan asas pemilihannya menekankan pada aspek agama dan akhlak, proses seterusnya sepatutnya menjadi lebih mudah.

Kerana Rasulullah s.a.w. berpesan: “Apabila datang (meminang) kepadamu orang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau perbuat (demikian), akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang luas.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Dalam konteks ini amalan ‘perigi mencari timba’ boleh dilihat sebagai salah satu kaedah untuk memudahkan proses perkahwinan. Ia salah satu jalan keluar bagi mengatasi halangan bertemu jodoh dan berkahwin, khususnya bagi wanita.

Tidak Salah Perigi Mencari Timba – Dato’ Dr. Fadzilah

“Memanglah lumrahnya orang lelaki meminang orang perempuan. Tetapi tidak bersalahan kalau orang perempuan yang mencari jalan melalui kaedah yang baik dan munasabah untuk memulakan inisiatif atau mengesyorkan,” ujar pakar motivasi Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah.

Jelasnya, “Sebenarnya jodoh kita datang dengan bermacam-macam cara. Ada orang, yang lelakinya mencari perempuan. Ada orang, yang perempuan mencari lelaki. Ada orang yang sama-sama mencari.”

Katanya, dalam konteks ini orang perempuan boleh menjadi ‘pemburu’ sebagaimana orang lelaki juga boleh menjadi ‘pemburu’.

Bercakap tentang persoalan mencari jodoh dalam satu majlis forum untuk warga IPT, beliau menjelaskan lebih lanjut:“Orang lelaki kena mencari, orang perempuan juga kena mencari. Orang lelaki banyak pilihan, orang perempuan juga banyak pilihan. Ini perlu diingat.

Jangan kata, kita ni orang perempuan, apa nak buat. “Sebenarnya orang perempuan banyak pilihan dan wajar memilih. Memilih dengan cara apa? Banyak caranya. Memilih dengan cara istikharah, dengan berbincang, dengan meminta nasihat, dengan melakukan solat taubat dan sebagainya.

Itu cara-cara memilih. “Dalam banyak kes di mana kedua-dua pihak malu hendak memulakan inisiatif atau menyatakan hasrat, ia berakhir dengan kedua-duanya kecewa.”...

Tepuk Dada Tanya Iman..

Sunday, July 4, 2010

Ukhwah Yang Dirindui..

Bersyukur padaMu Ya Allah..hari ini sekali lagi aku dan teman2 dapat berkumpul dalam satu halaqah. Alangkah indahnya ukhwah yang terbina semuanya hanya keranaMu...

Saya mendapat satu kekuatan baru dalam menjalinkan ukhwah yg terbina sekian lama tanpa mengetahui kemanisannya. Ukhwah..? bagaimana harus saya menyatakan maknanya..? ahh..sukar..sukar untuk diungkap dengan kata2..cukuplah sekadar ianya satu ikatan..ya..ikatan..

Melalui seorang insan, saya mengetahui rukun ukhwah yang selama ini tidak pernah saya terfikir..
ukhwah pun ada rukun? lihatlah bertapa indannya islam..Ta'aruf (saling mengenali)..tanpa kita sedari salah satu rukun ukhwah inilah telah lama kita praktikkan dalam masyarakat kita. Ya Allah..bertapa banyak kekurangan hambaMu ini..Tafahum ( saling memahami)..seorang insan ini berkata..biarlah..biarlah sahabat itu tidak memahami kita, tapi kita seharusnya berusaha memahaminya..anggap lah dia belum mampu memahami kita. semoga dengan izinNya, siapa tahu satu hari nanti dia mampu menjadi insan yang paling dekat dalam memahami hati kita. Ta'awwun (saling tolong-menolong)...Indahnya sesuatu ukhwah itu jika pertolongan yang diberikan tanpa mengharap apa2 balasan..kerana Allah..

Tahap ukhwah..? masih lagi persoalan ini bermain di fikiran saya..? ukhwah juga mempunya tahap..? Subhanallah..bagaimana tahap ukhwah saya selama ini..? ukhwah mempunyai dua tahap, pertama..Attasamuh ( berlapang dada/bersangka baik) bagaimana untuk berlapang dada sedangkan kadangkala hati ini sukar dikawal...ingatlah setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarpun 1001 dugaan yang datang dalam ukhwah tersebut, berlapang dada lah..bersangka baik lah..InsyaAllah..Allah bersama orang-orang yang sabar. Ini merupakan tahap ukhwah yang paling rendah..mampu kita tanamkan ianya dalam diri kita..? Tepuk dada tanya iman.. Ithsar..(mengasihi saudaranya melebihi dirinya sendiri)...utamakan sahabat dalam segala hal..Ini lah tahap yang paling tinggi dalam ukhwah..InsyaAllah..kemanisan ukhwah semakin terasa..

Anas bin Malik, Nabi S.A.W bersabda:
"Tidak sempurna Iman seseorang itu sebelum dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri".

Friday, July 2, 2010

Tangan Kanan Memberi, Sorokkan Tangan Kiri..

Nabi s.a.w bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a yang bermaksud: "Tatkala Allah menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Maka Allah ciptakan gunung dengan kekuatan yang diberikan kepadanya ternyata bumi pun diam. Para malaikat pun hairan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka pun bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu yang Engkau ciptakan lebih hebat daripada gunung?"
Allah menjawab, "Ada iaitu besi." (kita maklum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang ternyata dibuat dari besi).

Para malaikat pun kembali bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada besi?"
Allah yang Maha Suci menjawab. "Ada..iaitu api." (Besi dicairkan oleh api bahkan mendidih setelah dibakar dengan api).

Malaikat bertanya lagi. "Ya Rabbi, masih adakah sesuatu dalam penciptaanMu lebih hebat daripada api?"
Allah yang Maha Agung menjawab. "Ada, iaitu air." (api yang membara macam mana pun akan terpadam dengan simbahan air).
"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada air?" tanya malaikat lagi.
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab. "Ada iaitu angin." (air di samudera akan segera terangkat, bergulung-gulung dan berombak, menghempas pantai dan batu karang, menyebabkan kapal dan perahu terumbang-ambing kerana dahsyatnya kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang sangat dahsyat).

Akhirnya para malaikat bertanya lagi, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang lebih hebat daripada angin?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kekuatanNya menjawab, "Ada..iaitu anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementera tangan kirinya tidak mengetahui." (Riwayat al-Tirmizi)

p/s : ingat kebaikan orang kepada kita..lupakan kebaikan kita kepada orang.

Mengapa aku dihidupkan di dunia ini..???

Untuk Sujud Menyembah Allah..
Firman Allah, maksudnya: "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang besar." (Surah al-Bayyinah 5 : 98)

Untuk aku sebagai khalifah di muka bumi ini...
Firman Allah, bermaksud: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-An'am 6 : 165)

Untuk ku menyeru kebaikan...
Firman Allah, bermaksud: "Dan hendaklah di antara kamu satu pihak yang menyeru(berdakwah) kepada kebajikan(mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
(Surah Ali Imran 3 : 104)

Allah tidak jadikan aku sia-sia...
Firman Allah, Bermaksud: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tidak kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah al-Mu'minun : 115)