Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day...

16 Mei...tarikh ni start pada aku sekolah, tak pernah hilang dengan ucapan "Selamat Hari Guru"...
Tiba masa zaman sekolah rendah, aku antara insan2 yang tak pernah ketinggalan untuk bagi hadiah kat cikgu2 pilihan aku..(cikgu pilihan je ke??) hehehe... pe ye yang membuatkan cikgu2 tu jadi cikgu pilihan aku.. yang pastinya, tak garang = baik  + cantik + kacak...hahaha.. macam2 hadiah la aku bagi. Mak aku yang selalu suggest hadiah yang aku akan bagi. Ayah la yang menjadi insan yang paling setia beli hadiah untuk cikgu2 aku.. Muuuaaahhh..sayang mak ayah sangatsangat..

Masa berganti masa, hari berganti hari, tahun berganti tahun..
Semakin aku dewasa, bermakna aku akan melangkah ke alam persekolahan yang baru. Dengan rasa bangganya aku masuk sekolah menengah...hakhakhak...
Mula masuk sekolah menengah, semakin pandai..huhu...senang cakap, dah tak bagi la hadiah kat cikgu2 pilihan. Dah besar2kan, satu kelas bincang kumpul duit n beli hadiah kat cikgu kelas...senang cite..hahaha.. Dah besarkan...:-) begitu lah selama mula form 1 - form 5...hehe..

Masa berganti lagi....hari berganti hari lagi..tahun berganti tahun lagi...
kini aku berada di sini...memegang title guru pelatih...hari guru dan guru pelatih....bermakna aku akan menjadi salah seorang insan yang akan menyambut hari guru dengan anak-anak murid aku nanti, insyaallah...cuba berpijak di bumi nyata...betul lah...aku akan menyambut hari guru...
sukar untuk aku percaya, tapi tu lah hakikat. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka..ehehhh..
Kesimpulannya, dari kecil hingga kini dan akan datang, aku akan menyambut hari guru, cuma siapa aku pada waktu dulu, sekarang dan akan datang saja yang berbeza.....

SELAMAT HARI GURU....


0 budak kiut cakap-cakap: