Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha ~ Anak Perantauan..





SALAM AIDILADHA...
1432 H...

Monday, May 16, 2011

Happy Teacher's Day...

16 Mei...tarikh ni start pada aku sekolah, tak pernah hilang dengan ucapan "Selamat Hari Guru"...
Tiba masa zaman sekolah rendah, aku antara insan2 yang tak pernah ketinggalan untuk bagi hadiah kat cikgu2 pilihan aku..(cikgu pilihan je ke??) hehehe... pe ye yang membuatkan cikgu2 tu jadi cikgu pilihan aku.. yang pastinya, tak garang = baik  + cantik + kacak...hahaha.. macam2 hadiah la aku bagi. Mak aku yang selalu suggest hadiah yang aku akan bagi. Ayah la yang menjadi insan yang paling setia beli hadiah untuk cikgu2 aku.. Muuuaaahhh..sayang mak ayah sangatsangat..

Masa berganti masa, hari berganti hari, tahun berganti tahun..
Semakin aku dewasa, bermakna aku akan melangkah ke alam persekolahan yang baru. Dengan rasa bangganya aku masuk sekolah menengah...hakhakhak...
Mula masuk sekolah menengah, semakin pandai..huhu...senang cakap, dah tak bagi la hadiah kat cikgu2 pilihan. Dah besar2kan, satu kelas bincang kumpul duit n beli hadiah kat cikgu kelas...senang cite..hahaha.. Dah besarkan...:-) begitu lah selama mula form 1 - form 5...hehe..

Masa berganti lagi....hari berganti hari lagi..tahun berganti tahun lagi...
kini aku berada di sini...memegang title guru pelatih...hari guru dan guru pelatih....bermakna aku akan menjadi salah seorang insan yang akan menyambut hari guru dengan anak-anak murid aku nanti, insyaallah...cuba berpijak di bumi nyata...betul lah...aku akan menyambut hari guru...
sukar untuk aku percaya, tapi tu lah hakikat. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka..ehehhh..
Kesimpulannya, dari kecil hingga kini dan akan datang, aku akan menyambut hari guru, cuma siapa aku pada waktu dulu, sekarang dan akan datang saja yang berbeza.....

SELAMAT HARI GURU....


Monday, April 11, 2011

~Kasih Belum Termiliki~

Telah aku renangi..
Lautan bergelora..
Hanya untukku menggenggam kasihmu..

Telah ku persembahkan..
Seluruh rona jiwa..
Jadi bingkisan..
Semahu kau pinta..

Apa lagi perlu..
Aku perkorbankan..
Buat membuktikan niat ini..
Akan terzahir ke mata..

Apa lagi perlu..
Aku laksanakan..
Untuk kau selami dan mengerti..
Kejujuran perasaan..

Keperitan rintangan..
Persis mawar berduri..
Petanda KASIH BELUM TERMILIKI..
Jika ku masih gagal meyakinkan sebuah keikhlasan...
Khabarkanlah kesilapanku..




KASIH BELUM TERMILIKI - BY : HAFIZ HAMIDUN
 

Wednesday, April 6, 2011

::wanita..mata, warna dan bantal::

Salam buat sume..
hari ni aku nk share something dgn anda anda dan anda..
artikel ni mgkin menarik buat kaum hawa..
namun.....awas!!! jgn hamek sirius dgn artikel ini..
Hanya Allah saja yang tahu... :)

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati!Anda semua tahu tak, sepasang mata 
dapat mengungkap pelbagai makna firasat yang tersirat. Malah, bukan mata saja yang dapat mentafsirkan 
perwatakan insan bergelar WANITA tapi menurut pakar dan kajian, bantal dan warna juga turut memainkan 
peranan! Tapi, sejauh mana kepastiannnya taklah di ketahui, kemungkinan ianya sekadar kebetulan 
semata-mata ! 

Wanita dan Mata.




Mata Kecil
Wanita mata kecil di dapati peramah, banyak mulut, kurang pertimbangan. Awas! Kaum Adam boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya! Periang tapi bila marah, sukar nak pujuk!
Mata Sedang
Mungkin macam saiz kacang almond! Wanita bermata almond tak banyak berahsia, bertanggungjawab, sikap bertimbang rasa. Sering perlukan belaian mesra dan manja!
Mata Lebar
Yang ini kuat berahsia. Kurang cergas, pemarah , bertindak tanpe fikir panjang. Tak menentu, kurang teratur, tiada arah tujuan dan mudah putus asa. Tapi mereka setia!
Mata Berkedip
Memaafkan dan mudah di bawa berbincang, memahami dan penyabar.
Mata Cengkung
Anda materialistic, banyak ungkapan kata manis tapi tak pernah di tepati.
Mata Bulat
Walaupun mata besar tapi mereka bersifat baik dan tabah. Menyenangkan, mudah ikut kata. 

::mungkin sume jenis mata aku dh gtaw...tapi,..harap maaf
  ..mata duitan aku x tau ye..korang pk la sndri...lalalala:: :)
NEXT !!

 
Wanita dan Warna


 
Pendirian wanita turut dapat dinilaikan melalui warna kegemaran 
mereka. Apakah tafsiran warna yang sebenarnya? 

Merah
Hapi-Go-Lucky! Berani, tegas dan mempunyai perndirian sendiri. 

Biru
Setia pada pasangan, pandai berjimat, suka berterus-trang, jujur, cekap dan mudah memaafkan. 

Ungu
Pemurah hati, tak suka di printah, berinisiatif, bijak tapi ada masanya terlalu beremosi

Kelabu
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas dan bijak. 

Kuning
Gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran. 

Putih
Bersih fikirannya, tak crewet, berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, pramah, sentiasa tenteram hatinya,suka menolong dan hidup bertawakal. 

Hijau
Segar, suk a pada kebahgiaan, tak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot. 

Hitam
Suka menyendiri, perhatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tak mudah di pengaruhi, kuat berfikir,setia pada pasangan, baik hati tapi akan cepat tersinggung. 

Coklat
Kaya dengan sifat keibuan, merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah. 

::macam mana plak kalau yg minat warnwarni tu ye..::
NEXT !!

Wanita dan Bantal



Watak wanita juga dapat di kenali melalui cara tidur menggunakan bantal. Ada yang gemar tidur tanpa bantal,
ada yang suka berbantal peluk dan ada pula yang bertabiat suka letakkan bantal bawah kaki. Pakar 
menilaikan sifat wanita berdasarkan beberapa cara:-

Memeluk Bantal
Wanita yang gemar memeluk bantal ketika tidur biasanya berjiwa seni. Meminati dalam arena sastera, muzik dan menghargai lukisan. Berprasaan halus dan berjiwa romantik. Kadang kala boleh menghuraikan maksud mimpi mereka. Bersopan santun dan cenderung untuk memiliki badan yang langsing jika berkemampuan. 

Menggunakan Bantal Lebih Dari 1
Kategori ini di anggap tak mempunyai keyakinan diri, memerlukan banyak pendamping atau teman-teman agar dapat di hiburkan. Sukar membuat keputusan sendiri dan sebaliknya suka mendapatkan pandangan orang lain.Tak pandai berdikari dan suka bergantung kepada orang lain. 

Tidur Dengan 1 Bantal
Bijak berfikir dan tak suka mengada-ngada. Boleh menerima hakikat yang sebenarnya!

Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Tak gemar bergaul-anti social. Bersifat egois. Malas berusaha dan mempunyai sifat kurang baik. 

Tidur Tanpa Bantal
Positif! Mempunyai sifat percaya diri yang boleh bertukar menjadi egoistic. Terlalu konfiden dan mudah memandang rendah pada org lain.


Ok, tak kiralah sama ada anda tergolong dalam kategori wanita yang bermata kecil, sedang atau
berkedip,  suka berbantal atau tak, gemar  warna hitam, putih atau kelabu. Pada pendapat aku, 
kaum Hawa  di  cipta dengan keistimewaan yang tersendiri. Kecantikan wanita yang  sebenarnya 
bukan terletak pada  kehalusan wajahnya, tapi jiwa dan  hati nalurinya. Didikan agama paling 
penting. Betull tak? Dari  situlah kecantikan akan menyerlah sepanjang hayat. 

SEKIAN..................... ;)


Sunday, March 27, 2011

siapa yang salah? aku ataupun masa?

Ting tong................
fuh..dekat sebulan aku tak hiraukan blog aku ni..
bersawang suda. :) kesian beliau. mengapa? kenapa?
adakah aku terlalu sibuk..ye..sibuk kot:)

adakah waktu 24jam utk aku selama satu hari tidak mencukupi bagiku..
salah siapa?
aku ataupun masa?
persoalannya, siapa yg menguruskan siapa?
aku ataupun masa?
Siapa yang mengejar siapa?
aku ataupun masa?

jawapannya....
aku yang menguruskan masa..
jawapannya...
aku yang mengejar masa..
ya..kadang-kadang aku tidak mampu mengejar masa..
adakah masa berlari terlalu pantas?
tidakk..aku yang berlari terlalu perlahan..
banyak berhenti di perhentian yang bernama kelalaian...
sering melayani kesibukan..
tanpa tersedar, banyak yang perlu aku lakukan...

AKU DAN MASA....





Friday, February 11, 2011

jom layan !!

JOM layan lagu ni..
even lagu ni dh lme, tp aku tetap suka...
ngeeee....




 Siti Khadijah srikandi sejati

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang

O wo...
Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Tika rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...

Tuesday, January 25, 2011

Tak tahu Nak Cakap Apa..!! PeliK.

Salam Sayang dan rindu buat semua..
Kali ni aku de something nak share dengan sesiapa yang baca ni. Kat sini aku nak cakap yang malu teramat sangat. Bak kata aku, malu tahap gaban laaa... why? why?
Gini story nye..Dua hari yang lepas aku terasa bosan yang teramat sangat, jadi dengan langkah yang bosan jugak agaknya, aku pun pergi la ke bilik sorang kawan aku ni.. ishhh..dipendekkan story, aku ambik movie la kat dia..korang nak taw cite pe..ctenya..ish..malu aku nk sebut...aku masih dara...huahuahua...
Aku ambik bukan pe, saje nak tgk, sebab tajuk dia pun isshh..pelik aku..
Lepas aku tengok cite tu, aku sendiri rasa malu, even aku tgk sorang2.. Aku tak paham la..pelik bin ajaib, cam ne la negara kita boleh luluskan cite camtu nak tayang..ish3...
why? why? aku tak nak la cite kat sini. Korang nak taw..tengok sendiri.. Sebenarbenarbenarnya, dah banyak filem2 negara kita ni, de unsur2 cam tu. Kalau difikirkan, banyak kesan negatifnya. why? why? yelakan..Ramai remaja kita ni suke tgk movie, tapi kalau negara kita hanya mampu keluarkan movie yang ntah hape2 tu, cam ne dorang nak amik something yang positif yang movie yang dorang tengok tu kan, kalau dah movie tu sendiri negatif sifatnya. Aku tengok sekali je cite tu, pastu terus aku DELETE. Nanti aku balik rumah, maklum la kan, adik aku yang darjah 6 tu suka 'bedah' lappy aku. Macam2 dia jumpa, hehe.. Aku pun biar je laaa...
Jadi kat sini, aku nak cakap...sape yang rasa nak tengok tu, boleh tgk..tapi aku nasihatkan tengok sekali je...malu bebb..tebal kulit muka i..huhu..
dan..jangan simpan dalam lappy korang sebagai khazanah. Nanti adik2 korang jumpa, dia tengok.. TAK ELOK...TAK SESUAI...
Ok..Sekian saja aku nak kongsi dengan Korang hari ni..
Cari la Movie yang membina sebagai bahan tontonan anda sekeluarga...cite arab ke..kan bagus..hehehe
daaaa...

Wednesday, January 19, 2011

Thank You Allah..

Salam Sayang buat semua..
Baru terasa nak update blog setelah beberapa hari sibuk di kampus..
sibuk urusan dunia..hehehe..
Tujuan jari jemari aku berjoget2 ni, sbb nak kongsi kegembiraan aku atas kejayaan kakak aku (SITI NADIAH ABD MANAF) sbb dapat KPLI..kos Pengajian Bahasa Inggeris..
Bersyukur sgt3 pada Allah S.W.T..
Tapi yang aku sedikit kecewa, aku tak dapat jumpa dia sebelum dia berangkat ke Sabah.. Oppss..lupa plak nak gtaw lokasi.. Mengikut peta yang aku usha (peta la sgt kan)..nama IPG kakak aku tu, IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Secara jujurnya, aku pun tak penah sampai area Tuaran tu.. Sambung balik...aku balik khamis minggu depan (27 Jan)..kakak aku yang kiut miut tu berangkat ke Sabah Isnin depan (23 Jan)..hukhuk..Tapi tak pe lah, setahun je kan..tak lama pun setahun tu.. Oleh itu, aku berdoa dia pandai2 bawak diri kat tempat orang (Sabah)..Semoga Allah sentiasa melindunginya serta meredhai setiap langkahnya untuk bakal bergelar pendidik..hikhik..

Untuk kakak aku.. Semoga berjaya...



Ni la kakak aku tu...:-))

Monday, January 10, 2011

Dulu Lain Sekarang Lain..

Salam Sayang buat semua..

Tiba-tiba terdetik dalam hati aku ni nak kongsi sesuatu yang aku sendiri tak pernah alami...atau pun belum alami..ataupun ditakdirkan aku tidak akan alami..(hehe..paham ka..)
Dulu lain sekarang lain..dulu bujang sekarang dah kahwin..hikhik..
Perkara yang ingin aku kongsikan kat sini berdasarkan pemerhatian aku je..daripada orang sekeliling..
Sejauh mana kesahihannya..terpulang kepada anda untuk buat penilaian..hak individu..huhu..
Bermulanya begini...
Ada kawan-kawan cakap kalau orang yang baru-baru kawin, senang cakap di fasa pertama..memang indah.. memang bahagia..kadang-kadang kita yang tengok ni je pun seronok sangansangatsangat..ni kan pula orang yang alami tu sendiri an..kalau bangun pagi tu, tak wish 'morning sayang'..memang tak lengkap la hidup ni..pegi keje pun asyik menggelupur nak balik je..bukan pe..pagi tadi lupa cakap perkataan 'morning sayang' tu kat pasangan..hikhik.. pastu kalau breakfast ni tak main tenung-tenung..aii..memang tawar la rasa air kopi/teh/milo tu..huhu..indah..memang indah...
Kalau time keje ni..sampai je waktu lunch mesti sms... 'sayang dah makan?'..yela kan..dah terbiasa time bercinta dulu..tanya soalan-soalan cam tu..wink3...emm..balik keje...'penat ek arini?'..caring kan..kalau tengok pasangan kita picit-picit kepala..terus ditanya..'tak sihat ek'..;))
tu biasanya kawan aku cakap dalam tempoh 6 bulan pertama dan sampai satu tempoh..

Fasa kedua....3 tahun dan keatas....
Bangun pagi...terus siap-siap gi keje..tiba si isteri bertanya 'abang balik pukul berapa nanti?'... Dengan gaya yang sibuk macam PM ni, si suami pun jawab..'tak taw lagi la sayang'...terus gi keje..kadang-kadang makan pun tak sempat..Si isteri ni terkebil-kebil sambil tengok sarapan yang dah siap disediakan tu..sabar je lahhh...
sampai waktu makan tengahari...kesian handphone..tak berbunyi pun..kalau dulu kejap-kejap bunyi.. kejap-kejap bunyi..sampai kene silent la handphone tu..bukan pe, takut mengganggu orang lain..bagi vibrate je kot...hikhik...sekarang ni..ringing volume tu sampai maximum pun no hal la...huhu...
Emm..pergi shopping kompleks....suatu ketika dulu, jalan sebelah-sebelah..Beli barang tengok sama-sama.. Sama-sama pegang, sama-sama belek..sama-sama pilih...sama-sama setuju nak beli...
Tapi...sekarang..sama-sama datang je kot..sorang je pilih..sorang lagi tengok n angguk..Jalan pun da tak sebelah-sebelah..follow belakang je...hurrmm..mana pergi manis tu.. bila ditanya pada si suami.. jawapannya..
'BUKAN tak sayang..cume...(jawapannya : pendapat anda..hak individu)..'

Fasa Ketiga...5 tahun dan keatas...
Kawan aku cakap waktu ni la yang selalu dia + aku = kita tengok...aku nak cakap pun serba salah..
hurrmm..anda tengok la sendiri n buat tafsiran sendiri.. Ada yang masih bahagia tu Alhamdulillah.. Semua orang bahagia.. Tapi kalau ada yang sebaliknya tu, banyak2kan bersabar...Mungkin kalau di tanya..
'BUKAN tak sayang..cume..(jawapannya : pendapat anda..hak individu)..'
Satu perkara aku nak kongsi, hargailah sementara masih ada..sampai masa salah sorang dah tak de dekattttt...dengan kita, masa tu la baru kita nak kenang saat-saat manis bersama..tengok gambar dia...
Waktu tu baru nak cakap perkataan 'sayang', 'rindu'...sia-sia..sebab dia dah tak dengar..fikir2kan lah...



*P/S..ucapan 'sayang' dan 'rindu' juga harus di luahkan pada kedua ibu bapa kita selalu..hargai sementara mereka masih ada...


Friday, January 7, 2011

Memang 'Kaw' la..

Salam Sayang..
Alhamdulillah..hari ni cuaca kat maktab aku ni makin okey..dekat 2 hari jugak la asyik hujan jah..dalam waktu tu jugak la aku di landa demam2 selsema..'memang kaw' jugak la..dah lama tak demam2 cam gini..hikhik.. Alhamdulillah..sekarang dah makin okey.. Mula2 tu rimas jugak la bila demam+selsema...tp bila fikir balik, moga dengan cara ni Dia nak gugurkan dosa2 kecil aku. "Sabar...jelah.." bak kata pasangan Razif & Alia dalam rancangan 'Mari Menari' heee...
Sekarang ni pun masih bersisa lagi demam aku ni. Tapi aku rasa macam kena buka buku yang tersusun kat meja aku ni yang aku pinjam dari library. Sebabnya sepanjang aku demam ni, buku tu terlambak la kat situ. Kesian 'beliau'.. hehe...boleh pulak aku baring2 berbungkus2 sedangkan melambak keje aku. Tapi apa boleh buat... Ada hikmahnya..
Tapi Walau pe pun aku nak bersyukur padaNya sebab bagi aku sakit2 demam+selsema cam gini..
Motif aku cuma nak gtaw, sentiasa bersyukur dengan ketentuanNya.. Sentiasa bersangka baik pada Allah S.W.T..

 

Monday, January 3, 2011

Air Mata Tidak Selamanya Abadi..

Salam Sayang..

Hidup ini KADANG-KADANG kne brkongsi..

Senyum. Bahagia. Tenang. Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi. Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu. Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali. Namun, tanda perhatian dan kasih sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya. Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian ‘anggota’ manusia, ketidaksempurnaan pula ada ‘nama timangan’ mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering ku kisahkan cerita ini pada mereka yang lagi dirundum kesedihan. Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah. Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu ‘Semangat yang Hilang’ untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.
Rama-rama bagiku cukup simbolik. Lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang. Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas. Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi. Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik. Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil ‘di’keluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang? Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Wallahualam
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.