Monday, January 30, 2012

think BIG dream BIG

Wuuu..tengah mencari 'mood' untuk siapkan kerja yang semakin hari semakin bertambah..ok..student life.
Tiba-tiba terfikir nak search gambar-gambar yang menaikkan semangat :) kat google image. Sekarang aku dah jumpa and nak bagi korang tengok, hope dapat bagi korang semangat jugak nak buat kerja.
























>> memang aku sengaja buat gambar ni sebesar-besar alam..:D

TIADA KEJAYAAN YANG DATANG TANPA USAHA YANG GIGIH..

Thursday, January 19, 2012

Mari berdoa ye kawan-kawan !!

Di hari yang hampir-hampir petang ni aku nak berkongsi sedikit ilmu dengan korang semua. Walaupun diri ni tak la bagus sangat kan tapi nak jugak la kongsi apa-apa yang patut. Aku teringatkan kata-kata salah seorang insan pada aku. Beliau cakap kalau kita nak buat benda baik, tak seronok kalau buat sorang-sorang. Contohnya kalau korang nak pergi jalan-jalan kat mana-mana (tempat yang baik-baik la kan), korang mesti ajak kawan-kawan. Ajak best friend, paling kurang pun ajak anak jiran sebelah walaupun dia baru darjah 6. heeee... Sebab apa? Mestilah sebab boring jalan sorang-sorang. Macam tu jugak kalau nak masuk Syurga. Mesti la kita nak masuk Syurga sama-sama kan...kan..kan... Dats why la aku nk share benda ni ngan korang, sebab aku tak nak syok sorang-sorang (:

Firman Allah yang bermaksud :
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran".
(Surah al-Baqarah 2:186)

Berdasarkan apa yang tertera kat atas sana nun, aku nak korang tahu yang terdapat waktu-waktu yang dianjurkan berdoa...jom baca kat bawah...

1) Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh - pastikan korang semua solat Subuh ye..

2) Selepas setiap fardu solat lima waktu - Moral of the story korang kena solat. Solat tu kan tiang agama, n bila kita mati nanti perkara pertama yang akan dihitung ialah solat..Jadi, korang bayangkan kalau korang tak solat, scary tak? heee..

3) Antara solat Zohor, Asar dan Maghrib - Bukan la waktu lain tak payah berdoa, tapi waktu ni dianjurkan..dianjurkan....

4) Antara azan dan iqamah - Jangan la lepas-lepas azan korang terus sambung sembang kan..kan ada doa lepas azan dan iqamah..hafal-hafal..

5) Ketika bangun tidur - tengah-tengah mamai bangun tidur tu kan, paling-paling kurang pun sebut la "Alhamdulillah"..then bisik-bisik dalam hati "moga dipermudahkan segala urusan hari ini"...

6) Ketika masuk dan hendak keluar masjid - kalau korang tak pergi masjid pun, surau pun dah orite.. (peringatan untuk diri sendiri jugak)..heee

7) Antara takbir solat hari raya - bak kata kumpulan Raihan..'bergembira tanpa melupakanNya'....(:

8) Dalam khutbah Jumaat dan khutbah hari raya - ingat ni kaum adam...khutbah Jumaat tu penting...

9) Ketika menziarahi Makam Rasulullah S.A.W di Masjid Nabawi - pasang niat nak pergi sana, hopefully aku pun akan sampai kat sana..InsyaAllah...

10) Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting - moga Allah permudahkan segala urusan dari awal hingga akhir...

11) Ketika membaca qunut bagi solat Subuh - dengar tu dengar...Subuh....

12) Tiap-tiap kali mengadakan majlis yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran - macam majlis khatam al-Quran ke..cukur jambul ke..majlis kahwin ke (heee).. apa-apa majlis la yang tidak berunsur kemaksiatan...

13) Ketika ditimpa kesulitan, musibah dan rasa gelisah - dalam surah Ar-Ra'd ada menyebut "hanya dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang"...(13:28)

14) Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama terpisah - yang selalu jumpa pun boleh... (:

15) Ketika hujan turun - hujan tu kan nikmat Allah untuk makhlukNya..tak kira la pokok-pokok, haiwan, kita sendiri..Alam semestar kan sentiasa memuji Allah. Jangan la bila hujan.."alamak...hujan la pulak" (peringatan untuk diri sendiri jugak)...heee..

16) Sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur - time-time orang lain tengah syok tidur, korang berdoa kepadaNya..Subhanallah...

17) Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir - waktu kita bersujud merupakan waktu kita paling hampir denganNya...


...orite...diharapkan apa yang tertera kat atas ni bermanfaat untuk semua...






...SAHABAT SAMPAI SYURGA.....(^_*) meaowwwww....

Tuesday, January 17, 2012

Insan itu..

Lihatlah insan itu.
Setiap langkahnya penuh tabah.
Hari-harinya tak pernah lelah, biarpun dihatinya kadangkala resah.
Dek buah hatinya yang pelbagai helah.
Ketenangan wajahnya menyejukkan mata memandang.
Tak jemu-jemu mengukir senyuman.
Yang menambahkan kerinduan...
Carilah ke hujung dunia sekali pun..
Ku tak kan menemui insan sepertinya malahan..
seirasnya juga sukar ku temui..
Dihatiku penuh rasa sayang..
Namun, bibir kelu untuk menyatakan..
Hakikatnya hanya tingkahlaku yang membicarakan..
Bahawa hati ini sangat menyayangi...




mood : RINDU YANG KRONIK.

Sunday, January 15, 2012

Entri pertama 2012 - 15012012

wahh. dah lama tak main tulis tulis kat blog. Hari ni baru berkesempatan menulis sikit-sikit apa yang patut. Setelah ubah apa apa yang patut kat blog ni, sebab dah macam kanak-kanak..heee. Hope tahun ni aku dan kehidupan akan jadi lebih matang. Tak buat lagi perkara-perkara yang macam kanak-kanak. Tapi kadang-kadang buat juga. . Masa untuk buat anatomi. daaa.. [dah bersihkan sawang-sawang kat sini]