Tuesday, January 25, 2011

Tak tahu Nak Cakap Apa..!! PeliK.

Salam Sayang dan rindu buat semua..
Kali ni aku de something nak share dengan sesiapa yang baca ni. Kat sini aku nak cakap yang malu teramat sangat. Bak kata aku, malu tahap gaban laaa... why? why?
Gini story nye..Dua hari yang lepas aku terasa bosan yang teramat sangat, jadi dengan langkah yang bosan jugak agaknya, aku pun pergi la ke bilik sorang kawan aku ni.. ishhh..dipendekkan story, aku ambik movie la kat dia..korang nak taw cite pe..ctenya..ish..malu aku nk sebut...aku masih dara...huahuahua...
Aku ambik bukan pe, saje nak tgk, sebab tajuk dia pun isshh..pelik aku..
Lepas aku tengok cite tu, aku sendiri rasa malu, even aku tgk sorang2.. Aku tak paham la..pelik bin ajaib, cam ne la negara kita boleh luluskan cite camtu nak tayang..ish3...
why? why? aku tak nak la cite kat sini. Korang nak taw..tengok sendiri.. Sebenarbenarbenarnya, dah banyak filem2 negara kita ni, de unsur2 cam tu. Kalau difikirkan, banyak kesan negatifnya. why? why? yelakan..Ramai remaja kita ni suke tgk movie, tapi kalau negara kita hanya mampu keluarkan movie yang ntah hape2 tu, cam ne dorang nak amik something yang positif yang movie yang dorang tengok tu kan, kalau dah movie tu sendiri negatif sifatnya. Aku tengok sekali je cite tu, pastu terus aku DELETE. Nanti aku balik rumah, maklum la kan, adik aku yang darjah 6 tu suka 'bedah' lappy aku. Macam2 dia jumpa, hehe.. Aku pun biar je laaa...
Jadi kat sini, aku nak cakap...sape yang rasa nak tengok tu, boleh tgk..tapi aku nasihatkan tengok sekali je...malu bebb..tebal kulit muka i..huhu..
dan..jangan simpan dalam lappy korang sebagai khazanah. Nanti adik2 korang jumpa, dia tengok.. TAK ELOK...TAK SESUAI...
Ok..Sekian saja aku nak kongsi dengan Korang hari ni..
Cari la Movie yang membina sebagai bahan tontonan anda sekeluarga...cite arab ke..kan bagus..hehehe
daaaa...

Wednesday, January 19, 2011

Thank You Allah..

Salam Sayang buat semua..
Baru terasa nak update blog setelah beberapa hari sibuk di kampus..
sibuk urusan dunia..hehehe..
Tujuan jari jemari aku berjoget2 ni, sbb nak kongsi kegembiraan aku atas kejayaan kakak aku (SITI NADIAH ABD MANAF) sbb dapat KPLI..kos Pengajian Bahasa Inggeris..
Bersyukur sgt3 pada Allah S.W.T..
Tapi yang aku sedikit kecewa, aku tak dapat jumpa dia sebelum dia berangkat ke Sabah.. Oppss..lupa plak nak gtaw lokasi.. Mengikut peta yang aku usha (peta la sgt kan)..nama IPG kakak aku tu, IPG Kampus Kent, Tuaran, Sabah. Secara jujurnya, aku pun tak penah sampai area Tuaran tu.. Sambung balik...aku balik khamis minggu depan (27 Jan)..kakak aku yang kiut miut tu berangkat ke Sabah Isnin depan (23 Jan)..hukhuk..Tapi tak pe lah, setahun je kan..tak lama pun setahun tu.. Oleh itu, aku berdoa dia pandai2 bawak diri kat tempat orang (Sabah)..Semoga Allah sentiasa melindunginya serta meredhai setiap langkahnya untuk bakal bergelar pendidik..hikhik..

Untuk kakak aku.. Semoga berjaya...



Ni la kakak aku tu...:-))

Monday, January 10, 2011

Dulu Lain Sekarang Lain..

Salam Sayang buat semua..

Tiba-tiba terdetik dalam hati aku ni nak kongsi sesuatu yang aku sendiri tak pernah alami...atau pun belum alami..ataupun ditakdirkan aku tidak akan alami..(hehe..paham ka..)
Dulu lain sekarang lain..dulu bujang sekarang dah kahwin..hikhik..
Perkara yang ingin aku kongsikan kat sini berdasarkan pemerhatian aku je..daripada orang sekeliling..
Sejauh mana kesahihannya..terpulang kepada anda untuk buat penilaian..hak individu..huhu..
Bermulanya begini...
Ada kawan-kawan cakap kalau orang yang baru-baru kawin, senang cakap di fasa pertama..memang indah.. memang bahagia..kadang-kadang kita yang tengok ni je pun seronok sangansangatsangat..ni kan pula orang yang alami tu sendiri an..kalau bangun pagi tu, tak wish 'morning sayang'..memang tak lengkap la hidup ni..pegi keje pun asyik menggelupur nak balik je..bukan pe..pagi tadi lupa cakap perkataan 'morning sayang' tu kat pasangan..hikhik.. pastu kalau breakfast ni tak main tenung-tenung..aii..memang tawar la rasa air kopi/teh/milo tu..huhu..indah..memang indah...
Kalau time keje ni..sampai je waktu lunch mesti sms... 'sayang dah makan?'..yela kan..dah terbiasa time bercinta dulu..tanya soalan-soalan cam tu..wink3...emm..balik keje...'penat ek arini?'..caring kan..kalau tengok pasangan kita picit-picit kepala..terus ditanya..'tak sihat ek'..;))
tu biasanya kawan aku cakap dalam tempoh 6 bulan pertama dan sampai satu tempoh..

Fasa kedua....3 tahun dan keatas....
Bangun pagi...terus siap-siap gi keje..tiba si isteri bertanya 'abang balik pukul berapa nanti?'... Dengan gaya yang sibuk macam PM ni, si suami pun jawab..'tak taw lagi la sayang'...terus gi keje..kadang-kadang makan pun tak sempat..Si isteri ni terkebil-kebil sambil tengok sarapan yang dah siap disediakan tu..sabar je lahhh...
sampai waktu makan tengahari...kesian handphone..tak berbunyi pun..kalau dulu kejap-kejap bunyi.. kejap-kejap bunyi..sampai kene silent la handphone tu..bukan pe, takut mengganggu orang lain..bagi vibrate je kot...hikhik...sekarang ni..ringing volume tu sampai maximum pun no hal la...huhu...
Emm..pergi shopping kompleks....suatu ketika dulu, jalan sebelah-sebelah..Beli barang tengok sama-sama.. Sama-sama pegang, sama-sama belek..sama-sama pilih...sama-sama setuju nak beli...
Tapi...sekarang..sama-sama datang je kot..sorang je pilih..sorang lagi tengok n angguk..Jalan pun da tak sebelah-sebelah..follow belakang je...hurrmm..mana pergi manis tu.. bila ditanya pada si suami.. jawapannya..
'BUKAN tak sayang..cume...(jawapannya : pendapat anda..hak individu)..'

Fasa Ketiga...5 tahun dan keatas...
Kawan aku cakap waktu ni la yang selalu dia + aku = kita tengok...aku nak cakap pun serba salah..
hurrmm..anda tengok la sendiri n buat tafsiran sendiri.. Ada yang masih bahagia tu Alhamdulillah.. Semua orang bahagia.. Tapi kalau ada yang sebaliknya tu, banyak2kan bersabar...Mungkin kalau di tanya..
'BUKAN tak sayang..cume..(jawapannya : pendapat anda..hak individu)..'
Satu perkara aku nak kongsi, hargailah sementara masih ada..sampai masa salah sorang dah tak de dekattttt...dengan kita, masa tu la baru kita nak kenang saat-saat manis bersama..tengok gambar dia...
Waktu tu baru nak cakap perkataan 'sayang', 'rindu'...sia-sia..sebab dia dah tak dengar..fikir2kan lah...



*P/S..ucapan 'sayang' dan 'rindu' juga harus di luahkan pada kedua ibu bapa kita selalu..hargai sementara mereka masih ada...


Friday, January 7, 2011

Memang 'Kaw' la..

Salam Sayang..
Alhamdulillah..hari ni cuaca kat maktab aku ni makin okey..dekat 2 hari jugak la asyik hujan jah..dalam waktu tu jugak la aku di landa demam2 selsema..'memang kaw' jugak la..dah lama tak demam2 cam gini..hikhik.. Alhamdulillah..sekarang dah makin okey.. Mula2 tu rimas jugak la bila demam+selsema...tp bila fikir balik, moga dengan cara ni Dia nak gugurkan dosa2 kecil aku. "Sabar...jelah.." bak kata pasangan Razif & Alia dalam rancangan 'Mari Menari' heee...
Sekarang ni pun masih bersisa lagi demam aku ni. Tapi aku rasa macam kena buka buku yang tersusun kat meja aku ni yang aku pinjam dari library. Sebabnya sepanjang aku demam ni, buku tu terlambak la kat situ. Kesian 'beliau'.. hehe...boleh pulak aku baring2 berbungkus2 sedangkan melambak keje aku. Tapi apa boleh buat... Ada hikmahnya..
Tapi Walau pe pun aku nak bersyukur padaNya sebab bagi aku sakit2 demam+selsema cam gini..
Motif aku cuma nak gtaw, sentiasa bersyukur dengan ketentuanNya.. Sentiasa bersangka baik pada Allah S.W.T..

 

Monday, January 3, 2011

Air Mata Tidak Selamanya Abadi..

Salam Sayang..

Hidup ini KADANG-KADANG kne brkongsi..

Senyum. Bahagia. Tenang. Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi. Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu. Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali. Namun, tanda perhatian dan kasih sayang ALLAH pada hamba-hambaNYA ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya. Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian ‘anggota’ manusia, ketidaksempurnaan pula ada ‘nama timangan’ mereka.
Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering ku kisahkan cerita ini pada mereka yang lagi dirundum kesedihan. Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah. Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu ‘Semangat yang Hilang’ untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.
Rama-rama bagiku cukup simbolik. Lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang. Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas. Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi. Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.
Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik. Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya. Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri. Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu. Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.
Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain. Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut. Rama-rama ini berhasil ‘di’keluarkan dengan mudahnya. Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini? Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup. Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang? Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.
Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih. Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata –kata ini sering kita dengar di mana-mana, “setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”. Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?
Wallahualam
Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui tiap sesuatunya.