Sunday, November 14, 2010

Didunia dan "disana"..

salam sayang..
Awal pulak aku bangun pagi ni. Sebelum azan subuh berkumandang. Selesai saje tujuan ku, aku mula cuba untuk menyetadikan diri aku. Tapi entahlah Allah saja yang mengerti perasaan ku ini. Aku cuba mencari sesuatu yang boleh membuat aku tenang. Ku buka satu folder kesukaan ku. "warkah". Folder yang aku khaskan tentang pelbagai kisah2 menarik yang aku ambil dari pelbagai jenis website. Arggghhh..ku baca satu perenggan, dua perenggan, sungguh..langsung aku tidak menemui kelegaan hatiku. Facebook? aku sendiri sudah tidak tahu nak buat apa dengan facebook tu. Di waktu orang sedang enak dibuai mimpi. Aku terbangun dari mimpi. Menyelesaikan sesuatu yang sudah lama aku tinggalkan. Ohh..inikah aku..??
Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Ya..akhirnya aku temui sesuatu yang membuatkan aku bahagia. Aku buka photo album keluargaku. Ku terpandang gambar ahli keluargaku. Mataku tertumpu pada ayah, emak, kakak2ku, dan akhir sekali adik ku.
Kakak ku..? Ya..aku mempunyai empat orang kakak. Dua menemani aku di dunia. Dua lagi sedia menantiku "disana". Apa ya kakak2 ku sedang lakukan "disana"? Mereka yang dijemputNya sewaktu masih bayi. Pastinya dalam keadaan suci dan bersih tanpa sebarang noda dan dosa. Tapi aku? Aku telah berjanji dengan Rabb ku, bahawa aku sanggup menggalas tanggungjawab sebagai khalifah di bumiNya ini sewaktu aku dalam kandungan ibuku. Sesekali aku merindui kakak2ku "disana". Biarpun aku sendiri tidak pernah menatap wajah mereka..
Adikku..? Aku mempunyai dua orang adik. Satu sedang menemani aku di dunia. Dan satu lagi sedia menantiku "disana" juga. Yang "disana" juga pergi menemuiNya sewaktu dalam keaadan bayi. Tanpa sebarang noda dan dosa. Adikku yang menemani ku didunia hanyalah seorang. Dialah satu2nya adikku di dunia ini.
Kini..aku dan mereka semakin dewasa. Semakin rancak mengejar cita-cita. Tapi tahukah..bahawa aku sangat merindui mereka. Kakak2ku dan adik ku. Merindui waktu kami di alam persekolahan. Sewaktu kami empat beradik menghiasi rumah itu dengan gelak ketawa. Dengan tangisan seorang kanak-kanak.
Argghhh..itulah masa..yang pantas berlalu, tanpa mengira manusia ini sempat atau tidak menikmati kehidupannya. Biarpun aku dan mereka jauh terpisah dalam sebuah keadaan dan suasana, tapi kami mempunyai matlamat yang sama, iaitu mengejar cita-cita untuk ayah dan emak.  Buatmu adikku..dunia mu masih di rumah, masih ditemani emak dan ayah. Sampai nanti suatu saat, kau juga akan pergi mengejar cita-cita. Waktu itu, giliran aku dan kakak-kakakmu pula menemani emak dan ayah.
Salam sayang, rindu dan cinta yang melebihi cinta majnun kepada laila nya, uda kepada dara nya, melebihi hebatnya cinta taj mahal.. buat emak dan ayah, kakak-kakak dan adik ku...:-)


1 budak kiut cakap-cakap:

ainiSapia said...

salam cinta buat abidah..:-) sungguh indah namamu.. terukir.. sayang, di balik namamu itu sungguh terkandung makna yang sungguh mendalam.. bila direnung..subhanallah, ameen untukmu.. kak aini mohon diperkenankanlah segala permintaanmu.. insyaALLAH, ALLAH akan membantu tanpa hijab andai, kita tidak meletakkan hijap antara kita dengan DIA pada langkah hadapan kita.. sungguh ya abidah.. moga ketenangan dan kebahagiaan jadi milikmu, tidak sekarang tapi akan datang insyaALLAH... dan sungguh, ketenangan itu hanya bila hati, jiwa dan raga bersama DIA... itulah ketenangan yang kekal, yang mampu dimiliki oleh semua orang.. antara mahu atau tidak sahaja.. sayang.. kak aini sayang mas insyaALLAH seperti kak aini sayang adik yang kak aini yang sorang juga... afwan jika sayang ini masih tidak setulusnya sehingga mungkin mas masih tidak merasainya, namun percayalah... percaya pada ALLAH.um?:-) rindu mas yang tenang... insyaALLAH.. ameen.