Thursday, January 19, 2012

Mari berdoa ye kawan-kawan !!

Di hari yang hampir-hampir petang ni aku nak berkongsi sedikit ilmu dengan korang semua. Walaupun diri ni tak la bagus sangat kan tapi nak jugak la kongsi apa-apa yang patut. Aku teringatkan kata-kata salah seorang insan pada aku. Beliau cakap kalau kita nak buat benda baik, tak seronok kalau buat sorang-sorang. Contohnya kalau korang nak pergi jalan-jalan kat mana-mana (tempat yang baik-baik la kan), korang mesti ajak kawan-kawan. Ajak best friend, paling kurang pun ajak anak jiran sebelah walaupun dia baru darjah 6. heeee... Sebab apa? Mestilah sebab boring jalan sorang-sorang. Macam tu jugak kalau nak masuk Syurga. Mesti la kita nak masuk Syurga sama-sama kan...kan..kan... Dats why la aku nk share benda ni ngan korang, sebab aku tak nak syok sorang-sorang (:

Firman Allah yang bermaksud :
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran".
(Surah al-Baqarah 2:186)

Berdasarkan apa yang tertera kat atas sana nun, aku nak korang tahu yang terdapat waktu-waktu yang dianjurkan berdoa...jom baca kat bawah...

1) Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah selesai menunaikan solat Subuh - pastikan korang semua solat Subuh ye..

2) Selepas setiap fardu solat lima waktu - Moral of the story korang kena solat. Solat tu kan tiang agama, n bila kita mati nanti perkara pertama yang akan dihitung ialah solat..Jadi, korang bayangkan kalau korang tak solat, scary tak? heee..

3) Antara solat Zohor, Asar dan Maghrib - Bukan la waktu lain tak payah berdoa, tapi waktu ni dianjurkan..dianjurkan....

4) Antara azan dan iqamah - Jangan la lepas-lepas azan korang terus sambung sembang kan..kan ada doa lepas azan dan iqamah..hafal-hafal..

5) Ketika bangun tidur - tengah-tengah mamai bangun tidur tu kan, paling-paling kurang pun sebut la "Alhamdulillah"..then bisik-bisik dalam hati "moga dipermudahkan segala urusan hari ini"...

6) Ketika masuk dan hendak keluar masjid - kalau korang tak pergi masjid pun, surau pun dah orite.. (peringatan untuk diri sendiri jugak)..heee

7) Antara takbir solat hari raya - bak kata kumpulan Raihan..'bergembira tanpa melupakanNya'....(:

8) Dalam khutbah Jumaat dan khutbah hari raya - ingat ni kaum adam...khutbah Jumaat tu penting...

9) Ketika menziarahi Makam Rasulullah S.A.W di Masjid Nabawi - pasang niat nak pergi sana, hopefully aku pun akan sampai kat sana..InsyaAllah...

10) Ketika melakukan sesuatu pekerjaan dan urusan penting - moga Allah permudahkan segala urusan dari awal hingga akhir...

11) Ketika membaca qunut bagi solat Subuh - dengar tu dengar...Subuh....

12) Tiap-tiap kali mengadakan majlis yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran - macam majlis khatam al-Quran ke..cukur jambul ke..majlis kahwin ke (heee).. apa-apa majlis la yang tidak berunsur kemaksiatan...

13) Ketika ditimpa kesulitan, musibah dan rasa gelisah - dalam surah Ar-Ra'd ada menyebut "hanya dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang"...(13:28)

14) Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama terpisah - yang selalu jumpa pun boleh... (:

15) Ketika hujan turun - hujan tu kan nikmat Allah untuk makhlukNya..tak kira la pokok-pokok, haiwan, kita sendiri..Alam semestar kan sentiasa memuji Allah. Jangan la bila hujan.."alamak...hujan la pulak" (peringatan untuk diri sendiri jugak)...heee..

16) Sepanjang malam, terutama sepertiga yang akhir dan waktu makan sahur - time-time orang lain tengah syok tidur, korang berdoa kepadaNya..Subhanallah...

17) Ketika sujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir - waktu kita bersujud merupakan waktu kita paling hampir denganNya...


...orite...diharapkan apa yang tertera kat atas ni bermanfaat untuk semua...






...SAHABAT SAMPAI SYURGA.....(^_*) meaowwwww....

0 budak kiut cakap-cakap: